Tadaaa! This is memory that I can't forget in my life tau. Pada tarikh 9.5.2011 (kalau tak silap la, sebab aku pelupa orangnya hehe) Hari pertama sampai dah lambat kat dataran JB, nak dijadikan cerita bas yang aku naik ni adalah bas kedua kem yang aku nak kena pergi iaitu kem Ayer Keroh, fuhhh memang 'hot' la cuaca masa tu kan. Then, kitorang sampai kat situ nak dekat pukul 10, memang dah belepas lah kan bas yang pertama tu, so kitorang kena tunggu kat situ (berteduh bawah store bas) sampai pukul 12 tengah hari sebab diorang iaitu bahagian pengurusan PLKN suruh tunggu nak amek lagi orang, hm nasib lah kan siapa suruh lambat kan dah kena tunggu lama lama. Okey tunggu punya tunggu dalam bas tu rupanya ada 4 orang je?
Haha sedap memang sedap lah tapi yang kelakar aku sorang je perempuan muslim kat situ ;( 2 orang lagi india perempuan yang aku agak diorang memang tak kan bergaul dengan aku dengan seorang lelaki muslim. Memang aku macam orang dungu la kat dalam bas tu tepu gila sebab diam seribu bahasa dihatiku berdetak berjuta rasa *kenapa aku menyanyi lagu Nera pulak ni? Okey sambung lagi, tak lupa pada kawan baikku yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis cewah iaitu terdiri daripada WAWA, JAJA, and LINDA! Aina takde sebab dia pun kena PLKN, Okey nak cakap ni kat kawan aku tu, "terima kasih kawan kawanku tersayang sebab hantar aku tempoh hari" #err poyo kan aku? Hihi tak lupa untuk mak dengan ayah aku serta adikku yang sengggal tu terima kasih mak abah! Muah sikit ;-*
Ada cerita jugak disebalik nak pergi hantar aku tu, wawa drive nak amek jaja kat rumah dia so aku ni pun gatal nak ikut sangat sebab konon konon last meet kan. Tak tahu pulak time tu aku dah lambat nak pergi tapi aku ni jenis yang tak punctual so inilah makan dia,mak bapak aku dah pergi dulu bawak barang aku. Aku? Aku tinggallah apa lagi sebab aku lambat sangat, so aku suruh wawa pecut pergi sana sampai minyak dia kering then isi minyak dulu (sempat kan?) kat bbu okey dah dekat da tu so sampai sesat sesat sikit sebab tulah aku kena tinggal dengan bas yang pertama tu, so naiklah bas kedua yang seramai 4 orang. Okey skip story, pejam celik pejam celik eh dah sampai dah kat Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka *muka excited habis gitu! Tapi disebaliknya memikirkan bagaimana nasibku nanti jika berada disini selama 3bulan, bukan 'jika' memang pun! Okey memang time sekolah dulu aku nak sangat masuk PLKN ni, orang kata best ada yang kata tak best.
Rugilah siapa yang tak pergi tu sebenarnya. Eh sambung lagi, sampai sana macam rusa masuk kampung lah gua cakap sama lu! Sebab kiri kanan hutan tapi aku ni kira lucky lagi lah sebab aku dekat gila dengan highway Ayer Keroh tu. Then turun bas je, kena spot-check bag. Adalah jugak barang yang 'dilarang' aku tu kena rampas (dia cakap lepas tamat latihan amek barang ni balik, tapi aku tak amek pun sebab letak kat situ sbg tanda kenangan la kata orang haha) lepas tu terus pergi daftar apa semua blablabla kena amek barang untuk utk dorm macam selimut, cadar etc pergh memang banyak gila barang then kena naik bukit pulak tu weh untuk sampai kat dorm aku tu sebab aku mula mula dapat Charlie bilik berapa tah tapi seram doh bilik tu agak terceruk sikit. Sampai sampai dorm takde orang huarghhh dalam hati cakap 'takan aku tinggal sorang kot' rupanya ada lagi member lain yang sampai dulu dari aku. Bayangkan katil ada 7 tapi yang tinggal dalam tu cuma 3 orang memang tak lena la tidur malamku!
Aku dapat kawan nama dia Lin memang baik lah dia. Then kitorang kena tukar kompeni iaitu kompeni Alpha ergh mula mula memang buat muka yelah tengah best kat Charlie pastu kena tukar pulak? Haha tapi seperti yang di jangka yang aku akhirnya dapat selesakan diri kat Alpha sebab kitorang dapat bilik special gila, first class gitu! kompeni kitorang punya dorm memang special sebab jauh dari kompeni lain. Then bilik aku bilik A-3 dekat dengan highway! Wah memang memekak lah lori segala lalu situ. Banyak lagi perkara amazing yang berlaku kat PLKN tu tapi panjang sangat payah lah nak type haha okey secebis manisan dari aku iaitu gambar dari PLKN aku *enjoy!
Bendera Kompeni Alpha |
My Roomates! Muah ;-*
WIRA WIRAWATI ALPHA!
Nora Ass Charlie paling lantang suara! |
Bosan takde kerja inilah jadinya. Haha
Nak bawak balik boleh? |
Di Muzium TUDM! *memorial |
Train and kereta kebal |
Wong Jia Ying! Katil aku sebelah dia je
Wah perang! *WIRAJAYA
*Ini ialah nasi dan sardin.
Nyum! Sedapnya...
Aku kawad, Wawa menari
Comel kan? Hee~
Haiyark! TTS (Tempur Tanpa Senjata)
Charlie + Alpha
My BFF at PLKN!
Yummy ais krim free tau!
Malam Kebudayaan :)
Sebenarnya banyak lagi gambar tapi gila malas nak upload kat blog, so ini jelah yang dapat dipamerkan :)
Written by; Teeya
No comments:
Post a Comment