Saturday, December 31, 2011

Dilemma 2011

Assalamualaikum penghulu ucapan
Selamat datang 2012 saya ucapkan

Hah balas balas!


Aku tak pernah ambil keputusan mendadak macam ni, okey sebenarnya ni cerita pasal aku nak study kat mana. Yelah keputusan SPM aku tak lah seberapa tapi pada aku tak lah teruk sangat kira okey lah tu. Habis PLKN aku study lah dekat Kolej Pendidikan Perdana, mesti korang tak pernah dengarkan nama kolej tu? Ye aku pun tak pernah dengar dan kolej tu berada di Shah Alam seksyen 8. Kalau nak tahu aku amek course Pendidikan Awal Kanak-kanak (aku suka kanak kanak tapi tak terfikir pun nak jadi cikgu -.-).

         Okey memang best belajar kat situ dan aku dapat ramai kawan, macam kak Wa dan kak Lia. diorang tu kepala gila gila, memang susahlah nak jumpa member macam diorang, tapi tak sampai sebulan aku stay situ macam macam yang telah berlaku, kejadian yang menakutkan terjadi (bukan kisah seram okey) tapi ni buatkan aku patah semangat nak belajar kat situ (tak boleh bagitau apa yang terjadi). Aku kesian dekat mak dan abah aku hantar aku penat penat pergi situ dari JB to Shah Alam, dari mula datang gila excited dan nak blah dari situ pun gila excited, entah macam takde perasaan aku time tu.

        Sumpah aku tahu aku dah kecewakan semua orang terutama cousin aku iaitu Abang Ta'ai aku, dialah yang beria ria benar nak aku masuk kolej tu. Kolej tu course yang dia tawarkan adalah paling murah dalam Malaysia ni berbanding IPTS yang lain iaitu RM10 000 untuk 6 sem selama 2 tahun 4 bulan. Murah kan? I tell you. Aku memang takut nak cakap dengan cousin aku tu, hm dia berharap aku dapat pointer 3.5 kat situ dan dia cakap hanya hadiahkan dia pointer tu je dia da cukup gembira. Ye aku tak kan lupakan apa yang dia pernah cakap kat aku time tu. Mestilah dia kecewa, aku tahu. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah keluar dari situ dan sekarang aku kat rumah di Johor Bahru ergh aku bukan buat apa pun kat rumah, makan tidur makan tidur je. Lepas ni aku nak study tempat lain. Mungkin poli mungkin jugak kolej. Entah, dilema aku masa aku berhenti dari kolej lama aku. Yelah akak senior semua cakap jangan berhenti dan fikir masa depan then diorang cakap diorang dah sayang aku even tak sampai sebulan aku kat situ tapi aku ni memang keras kepala, aku akan bertindak menggunakan hati dan bukan akal, dan sekarang aku tak menyesal keluar dari kolej tu.

    Aku memang tak nak habiskan masa aku macam tu je, macam sia sia kan? Tapi Allah mungkin bagi hikmah diatas apa yang berlaku bak kata mak aku. Aku percaya tu, dan aku sentiasa berdoa yang Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk life aku, mungkin kat situ bukan tempat aku. Okey macam karangan sekolah kan aku tulis kisah hati aku ni kan? Thanks sudi baca, peace yo!


Written by; Teeya

No comments:

Post a Comment