Saturday, December 31, 2011

Dilemma 2011

Assalamualaikum penghulu ucapan
Selamat datang 2012 saya ucapkan

Hah balas balas!


Aku tak pernah ambil keputusan mendadak macam ni, okey sebenarnya ni cerita pasal aku nak study kat mana. Yelah keputusan SPM aku tak lah seberapa tapi pada aku tak lah teruk sangat kira okey lah tu. Habis PLKN aku study lah dekat Kolej Pendidikan Perdana, mesti korang tak pernah dengarkan nama kolej tu? Ye aku pun tak pernah dengar dan kolej tu berada di Shah Alam seksyen 8. Kalau nak tahu aku amek course Pendidikan Awal Kanak-kanak (aku suka kanak kanak tapi tak terfikir pun nak jadi cikgu -.-).

         Okey memang best belajar kat situ dan aku dapat ramai kawan, macam kak Wa dan kak Lia. diorang tu kepala gila gila, memang susahlah nak jumpa member macam diorang, tapi tak sampai sebulan aku stay situ macam macam yang telah berlaku, kejadian yang menakutkan terjadi (bukan kisah seram okey) tapi ni buatkan aku patah semangat nak belajar kat situ (tak boleh bagitau apa yang terjadi). Aku kesian dekat mak dan abah aku hantar aku penat penat pergi situ dari JB to Shah Alam, dari mula datang gila excited dan nak blah dari situ pun gila excited, entah macam takde perasaan aku time tu.

        Sumpah aku tahu aku dah kecewakan semua orang terutama cousin aku iaitu Abang Ta'ai aku, dialah yang beria ria benar nak aku masuk kolej tu. Kolej tu course yang dia tawarkan adalah paling murah dalam Malaysia ni berbanding IPTS yang lain iaitu RM10 000 untuk 6 sem selama 2 tahun 4 bulan. Murah kan? I tell you. Aku memang takut nak cakap dengan cousin aku tu, hm dia berharap aku dapat pointer 3.5 kat situ dan dia cakap hanya hadiahkan dia pointer tu je dia da cukup gembira. Ye aku tak kan lupakan apa yang dia pernah cakap kat aku time tu. Mestilah dia kecewa, aku tahu. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah keluar dari situ dan sekarang aku kat rumah di Johor Bahru ergh aku bukan buat apa pun kat rumah, makan tidur makan tidur je. Lepas ni aku nak study tempat lain. Mungkin poli mungkin jugak kolej. Entah, dilema aku masa aku berhenti dari kolej lama aku. Yelah akak senior semua cakap jangan berhenti dan fikir masa depan then diorang cakap diorang dah sayang aku even tak sampai sebulan aku kat situ tapi aku ni memang keras kepala, aku akan bertindak menggunakan hati dan bukan akal, dan sekarang aku tak menyesal keluar dari kolej tu.

    Aku memang tak nak habiskan masa aku macam tu je, macam sia sia kan? Tapi Allah mungkin bagi hikmah diatas apa yang berlaku bak kata mak aku. Aku percaya tu, dan aku sentiasa berdoa yang Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk life aku, mungkin kat situ bukan tempat aku. Okey macam karangan sekolah kan aku tulis kisah hati aku ni kan? Thanks sudi baca, peace yo!


Written by; Teeya

Friday, December 30, 2011

Okey ini lame punya tau ;)


            Tadaaa! This is memory that I can't forget in my life tau. Pada tarikh 9.5.2011 (kalau tak silap la, sebab aku pelupa orangnya hehe) Hari pertama sampai dah lambat kat dataran JB, nak dijadikan cerita bas yang aku naik ni adalah bas kedua kem yang aku nak kena pergi iaitu kem Ayer Keroh, fuhhh memang 'hot' la cuaca masa tu kan. Then, kitorang sampai kat situ nak dekat pukul 10, memang dah belepas lah kan bas yang pertama tu, so kitorang kena tunggu kat situ (berteduh bawah store bas) sampai pukul 12 tengah hari sebab diorang iaitu bahagian pengurusan PLKN suruh tunggu nak amek lagi orang, hm nasib lah kan siapa suruh lambat kan dah kena tunggu lama lama. Okey tunggu punya tunggu dalam bas tu rupanya ada 4 orang je?

         Haha sedap memang sedap lah tapi yang kelakar aku sorang je perempuan muslim kat situ ;( 2 orang lagi india perempuan yang aku agak diorang memang tak kan bergaul dengan aku dengan seorang lelaki muslim. Memang aku macam orang dungu la kat dalam bas tu tepu gila sebab diam seribu bahasa dihatiku berdetak berjuta rasa *kenapa aku menyanyi lagu Nera pulak ni? Okey sambung lagi, tak lupa pada kawan baikku yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis cewah iaitu terdiri daripada WAWA, JAJA, and LINDA! Aina takde sebab dia pun kena PLKN, Okey nak cakap ni kat kawan aku tu, "terima kasih kawan kawanku tersayang sebab hantar aku tempoh hari" #err poyo kan aku? Hihi tak lupa untuk mak dengan ayah aku serta adikku yang sengggal tu terima kasih mak abah! Muah sikit ;-*
           
             Ada cerita jugak disebalik nak pergi hantar aku tu, wawa drive nak amek jaja kat rumah dia so aku ni pun gatal nak ikut sangat sebab konon konon last meet kan. Tak tahu pulak time tu aku dah lambat nak pergi tapi aku ni jenis yang tak punctual so inilah makan dia,mak bapak aku dah pergi dulu bawak barang aku. Aku? Aku tinggallah apa lagi sebab aku lambat sangat, so aku suruh wawa pecut pergi sana sampai minyak dia kering then isi minyak dulu (sempat kan?)  kat bbu okey dah dekat da tu so sampai sesat sesat sikit sebab tulah aku kena tinggal dengan bas yang pertama tu, so naiklah bas kedua yang seramai 4 orang. Okey skip story, pejam celik pejam celik eh dah sampai dah kat Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka *muka excited habis gitu! Tapi disebaliknya memikirkan bagaimana nasibku nanti jika berada disini selama 3bulan, bukan 'jika' memang pun! Okey memang time sekolah dulu aku nak sangat masuk PLKN ni, orang kata best ada yang kata tak best. 

             Rugilah siapa yang tak pergi tu sebenarnya. Eh sambung lagi, sampai sana macam rusa masuk kampung lah gua cakap sama lu! Sebab kiri kanan hutan tapi aku ni kira lucky lagi lah sebab aku dekat gila dengan highway Ayer Keroh tu. Then turun bas je, kena spot-check bag. Adalah jugak barang yang 'dilarang' aku tu kena rampas (dia cakap lepas tamat latihan amek barang ni balik, tapi aku tak amek pun sebab letak kat situ sbg tanda kenangan la kata orang haha) lepas tu terus pergi daftar apa semua blablabla kena amek barang untuk utk dorm macam selimut, cadar etc pergh memang banyak gila barang then kena naik bukit pulak tu weh untuk sampai kat dorm aku tu sebab aku mula mula dapat Charlie bilik berapa tah tapi seram doh bilik tu agak terceruk sikit. Sampai sampai dorm takde orang huarghhh dalam hati cakap 'takan aku tinggal sorang kot' rupanya ada lagi member lain yang sampai dulu dari aku. Bayangkan katil ada 7 tapi yang tinggal dalam tu cuma 3 orang memang tak lena la tidur malamku! 

               Aku dapat kawan nama dia Lin memang baik lah dia. Then kitorang kena tukar kompeni iaitu kompeni Alpha ergh mula mula memang buat muka yelah tengah best kat Charlie pastu kena tukar pulak? Haha tapi seperti yang di jangka yang aku akhirnya dapat selesakan diri kat Alpha sebab kitorang dapat bilik special gila, first class gitu! kompeni kitorang punya dorm memang special sebab jauh dari kompeni lain. Then bilik aku bilik A-3 dekat dengan highway! Wah memang memekak lah lori segala lalu situ. Banyak lagi perkara amazing yang berlaku kat PLKN tu tapi panjang sangat payah lah nak type haha okey secebis manisan dari aku iaitu gambar dari PLKN aku *enjoy!



Nilah yang aku cakap (store bas) #troll face

Bendera Kompeni Alpha

My Roomates! Muah ;-*






WIRA WIRAWATI ALPHA!






Nora Ass Charlie paling lantang suara!

Bosan takde kerja inilah jadinya. Haha 



Nak bawak balik boleh?

Di Muzium TUDM! *memorial


Train and kereta kebal

Wong Jia Ying! Katil aku sebelah dia je

Wah perang! *WIRAJAYA


*Ini ialah nasi dan sardin. 

Nyum! Sedapnya...

Aku kawad, Wawa menari

Comel kan? Hee~

Haiyark! TTS (Tempur Tanpa Senjata)

Charlie + Alpha


My BFF at PLKN!

Yummy ais krim free tau!

Malam Kebudayaan :)

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi gila malas nak upload kat blog, so ini jelah yang dapat dipamerkan :)




Written by; Teeya

Saturday, August 6, 2011

PLKN? Miss a lot that place...

Hi, Gua dah balik dari PLKN, haha ayat nak power. Lokasi PLKN aku terletak di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka Nanti lah aku upload gambar dari PLKN ye, ala tangkap muat jelah. Aku malas lah nak upload sekarang, loading gila. Banyak kenangan manis dan pahitnya semasa aku kat sana, kawan? mestilah ramai, macam macam ragam orang yang aku jumpa kat sana tapi yang paling aku tak boleh lupa budak budak dorm aku yang nakal nakal tuh, suka gossip dengan diorang. Kalau adik adik kat luar tu dapat peluang pergi PLKN, pergi lah yer, memang best gila! Ceh, nanti aku story lagi eh, nak tidur lah. Sekarang pun dah pukul 2 am, bye!


Written by; Teeya

Wednesday, May 11, 2011

cannot sleep -______-

Sekarang 3:56 minit pagi
Alasan; Tak boleh tidur arghhhh alasan dah lapuk -_- hah?? Kepala tengah sakit pening pening tak lama lagi botaklah kepalaku serta penglihatanku yang semakin kabur. Tua kah aku? Arghhhhh... aku terlalu banyak berfikir masalah yang semakin membelenggu diri aku =.= Sesuaikah ayat tuh? Ishh dah dah, tak payah nak bercerekarama pulak kat sini, hah aku lepas ni dah tak update apa apa lagi kat blog ni hem suka lah kau kan eh tapi bukan selamanya tapi untuk sementara jeh sebab aku T.E.R.P.A.K.S.A ye pergi berjuang untuk negara selama 3 bulan, eceh melampau lah pulak statement. Tak faham lagi? Maksudnya aku kena pergi PLKN lah berbie doll! Yea, aku kat sana kena lah perjuangkan DIRI aku untuk menjadi yang lebih baik, heh baik ke? Tunggu lah nanti bila aku dah balik, watchout! Tiada lagi Facebook, Blogger, Twitter dan segalabagai selama 3 bulan -.- Bye bye everyone



Written by; Teeya

Friday, May 6, 2011

Recalled Childhood


time after time
Amak, sudah besar lah ini budak
cepat sangat lah kau besar, nak balik time kecik kecik dulu...
Masa kecik bukan ingat apa kan, lagi pun budak kecik tak payah fikir pasal masalah kan sebab bukan dia tahu apa pun. Yang dia tahu makan tidur makan tidur, best kan hidup di zaman tu? Tapi kita tak kan kecik je selamanya, itu lah nikmat yang Tuhan bagi. So kita kena bersyukur sebab Allah jadikan kita sebagai manusia, kadang kadang kita lalai dengan fatamorgana dunia sampai kita lupa kita asalnya datang daripada mana. Haih dah terlebih point ni sampai masuk bab agama, haha sorry ye >.< Lagu kat bawah ni mengingatkan aku masa kecik sebab aku suka sangat sangat sangat dengan lagu ni, lirik dia comel dan berperisa gula haha macam mana aku boleh tahu perisa gula pulak ni, anyway layan jelah lagu ni~






Written by; Teeya

Wednesday, May 4, 2011

mirror yourself before judging others

Untuk entry kali ni memang untuk diri aku sendiri sebab aku memang teramat selalu sangat dok tengok diri aku kat depan cermin sampai cermin tuh dok jelak tengok muka aku je. Aku ni kira kuat perasan jugak lah, eh kira baiklah aku ngaku jugak tau ishk bukan aku nak cakap yang aku ni baik tapi kira aku nak bagitau yang aku bukanlah jenis hipokrit tapi kadang kadang tuh adalah jugak sikit sikit, tengok environment jugak lah kot kalau nak ber'hipokrit. Mesti bosan kan dok cakap pasal aku jeh? Haa aku dah tahu lah tak payah nak bagitau, aku tahu lah aku tak 'sepemes' dan 'sehot' korang dan tujuan aku untuk berbelog ni pun sebab aku dah terlebih banyak masa terluang yang dihabeskan untuk meluahkan pendapat dan perasaan aku kat sini, ya memang aku nak bagitau satu dunia tentang perasaan aku. Orang berbelog aku sebok nak berbelong, orang berpesbuk aku sebok nak berpesbuk. Ala sekarang dah zaman 2011 beb, takde yang tak main dengan komputer ni alangkan nenek punya nenek jiran aku pun dah berpesbuk. Nak kata apa lagi? Ingat aku gila ke cakap sorang sorang? Aku cakap dengan engko lah. Sorry ye kawan kalau bahasa aku ada sedikit kekasaran sebab untuk lebih mesra pelanggan lah aku cakap cam ginih =.= maaf lah yerk sekali lagi ku pohon kalau bahasa yang aku gunakan ada sikit campur dengan bahasa keling.. hehe aku saje nak penuhkan blog aku dengan 'benda' tah pape ni, kalau tak suka silakan kembali di tempat masing masing ye. Dah sudah, sejak bila anak mak ni jadi penyopan pulak kan, kalau mak tahu gerenti buat kenduri kesyukuran ini malam jugak haha (gelak purapura) ini adalah propaganda aku je. *Thanks kerana meluangkan sedikit masa untuk baca entry aku yang 'tah pape' ni. Salam~


Written by; Teeya

Tuesday, May 3, 2011

Kpop to Mpop?

24:7 ----> MAX 247
What the heck? 




 Baru kena maki sikit dah tukar nama, hari tu 'beriye' cakap yang korang adalah KPOP MALAYSIA, sekarang pulak dah tukar jadi MPOP MALAYSIA pula? Dan nama mereka bukan lagi 24:7 tapi MAX 247, kerana diorang telah men'ciplak' nama asli group Kpop iaitu 24/7. Diorang nak jadi ala ala SUJU, 2PM, 2AM, CNBLUE dan seangkatan dengannya lah. Apa cer der? haha, nilah kalau nak copy and paste (macam tajuk lagu BoA pulak) number #1. Kids now days macam nilah gamaknya.


Alalalaa.. kiutnye mereka kan? Haha rupanya ginilah ye kalau Kpop Malaysia? Ala malu mak nak ngaku -.- muka semua macam syiling 5sen, haha jahatkan aku kutuk diorang? Tapi in realty diorang perasan 'kiuttttttttttt' gituh sampai buat aksi aksi yang begitu mencomelkan. Rasa nak hantuk je kepala kat dinding tengok diorang posing macam ni -.-



Walawey, 'HOT' siot! Kome ingat body kome dah cukup mengiurkan ke? Talk to the hand pleaseee.... muka ala ala HERO TAMIL ada hati nak jadi Kpop, berapa lama korang training? 7, 8 tahun ke untuk menjadi Kpop or Mpop ni? Kat sana (Korea) untuk menjadi Kpop mengambil masa yang lama kerana diorang bukan  takat nyanyi kosong je, diorang siap training dancing untuk buatkan group diorang lebih mantap.


TAK CUKUP SEKSI LAGI TU WEHHH.......
Kalau nak tahu, time ni diorang buat tutorial untuk posing ala ala gay.


Photoshop yang amat 'EXCELLENT' wahaha (ketawa golek golek)
Mak aku pun boleh buat kalau ini macam, kiranya ini pengumuman rasmi lah ni untuk dimaklumkan pada semua yang korang dah tukar nama sebab tak nak kena bahan lagi yer? Sorry morry to the lorry ye kalau ramai yang tak suka dengan Mpop korang tuh, lain kali nak buat apa pun kena fikir dulu before publish kat orang ramai. Hehe sekadar nasihat yer, that's just my opinion. Thanks*

Written by; Teeya

Hana Tajima



Really like the way she dressed, the way she talk
She's very smart and also Fashion Icon for every women



Gosh, she's really superwomen, I really love her style and of course she's pretty too. She's got a beautiful name and has become my inspired and idol. I loved her style again and again.  Hana Tajima, also known as the Fashion Designer and yes she's design for Yuna too. Ya, curi gambar dari Facebook , jangan marah eh >.< (peaceNOwar)



Written by; Teeya

Saturday, March 12, 2011

Wearing Glasses NOOB?



TRUE or NOT?

sumber; Encik Google

Baru lepas check mata, then tahu tahu jeh mata aku ada rabun jauh sekaligus 
rabun silau haha hambek kau, no wonder lah mata aku asyik sakit then kabur 
kabur gituh. Ish tak nak lah aku pakai spec! Isk isk tapi terpaksa jugak buat 
spec. Padan muka aku, dulu berlagak kata pakai spec ni macam noob. 
Now, kau yang pakai spec pulak. Padan lah dengan muka aku!
Okay, jangan gelak pulak lepas ni kalau dah muka aku ni di'transformasikan


Written by; Teeya