Thursday, January 12, 2012

Selepas seminggu..

           Hanya Allah sahaja yang tahu hati aku sekarang.. Aku keliru sangat. Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Kadang kadang Allah datangkan hujan kepada kita tapi sebaliknya dia nak bagi pelangi pada kita. Semoga keputusan yang aku buat selama ini tak sia sia dan tak akan susahkan ramai orang lagi terutamanya MAK ABAH, dan cousin aku ABANG TA'AI. Abang Taai kita minta maaf tau kalau buat abang taai kecewa. Kita kat sini akan hadiahkan abang Taai pointer yang abang Taai nak tu, kita akan buat yang terbaik untuk semua. Amin.



Written by; Teeya

Monday, January 2, 2012

Tak berniat untuk sakiti






Diri ini terlalu kerdil. Hinggakan aku tak nampak diri ku yang sebenar. Lalai sebentar dengan dunia yang kian runtuh dengan akhlak dan budi bahasa melayu kita. Mana perginya nilai sebuah bangsa walaupun dimata kita sendiri? Mana hilangnya maruah bangsa yang diagungkan sehingga kini? Mana nilai sebuah cinta pada negaranya sendiri? Perlukah kita mencaci maki kaum kita sendiri? Kenapa perlu malu jika sebuah bangsa yang kononnya membangun tapi pada mata asalnya ia telah lama luput, hancur sehingga lumat dipijak oleh bangsa lain. Masih tidak sedarkah kita yang kita belum bebas mindanya daripada bangsa asing. Perlukah kita bermegah megah dengan jenama yang entah dari mana? Bukalah minda jangan hanya buka mulut tahu berkata yang entah apa apa. Berdiam tidak bermakna menyerah tapi berjuanglah dengan semangat yang telah sedia ada dalam diri. Ini bukan mahu menindas sesiapa tapi meluahkan rasa. Cintailah dengan mata hati pasti anda tidak sesali.


Written by; Teeya

Nasihat ikhlas dari hati





Ini bukan nak perli
Hanya sekadar menguji
Akal letak mana adakah dihujung jari
Siapa mereka untuk berkata itu ini
Tak perlu tak perlu hanya sekadar berjanji
Akan ku lafaz suatu hari nanti
Apa yang terpendam didalam hati ini




*Boleh buat lagu tak? Haha perasaan!




Written by; Teeya

Hati Musnah

Guys please stay back!
















I Hate That Guy!







Holy crap, I just so into on you but...
you just break my heart prekkkkk!
Dah pecah...
Hey babun apa memekak pagi buta ni?

Sunday, January 1, 2012

Troll face!

Excited? Fear? Not ready? Spine-chilling? Sad?



       Err semuanya bercampur baur menjadi satu, yelah aku yang alaminya mana kau 
faham perasaan aku ni. Aku sebenarnya tak ready lagi kot nak sambung belajar jauh jauh,
if dekat takpelah boleh jugak aku balik rumah, ni tak! Jauh gila dekat PD, Negeri Sembilan tu hah!

      Adoi asek nak kena jauh dari family je, hm mesti tak dapat balik rumah selalu kan? 
Okey lah ni semua demi kebaikan aku, demi masa depan aku. Aku perlu belajar je untuk 
banggakan mak dan abah aku, okey dah fikir azam tahun baru nak belajar sampai lebam! 
Yeke? Haha *jangan asal cakap je Teeya! Okey aku akan buktikan kat korang yang aku 
boleh berjaya, by the way aku amek kos yang sama macam aku amek dulu so takdelah
pening sangat nanti. Please pray for me okey? Amin..





Written by; Teeya

Diri sendiri adalah lebih baik.


Sumber; Mr Google :)




Excuse me?

     Ehem ehem, soalan yang selalu bermain difikiran aku ialah perlu ke kita untuk menjadi orang lain? Okey now aku nak bagitau, pendapat aku tak perlu untuk kita bersusah payahkan diri untuk menjadi orang lain atau bahasa kasarnya meniru orang lain. Sebab dalam diri seseorang tu mesti ada karekter yang berbeza beza yang membuatkan seseorang itu menjadi unik. Tak percaya? Okey korang cuma perlu buat apa yang korang minat dalam hidup korang. 
        Simple kan? Itu pendapat akulah, tak tahu pulak pendapat orang lain macam mana. Kalaulah semua orang nak menjadi orang yang sama, alamak tak warna warnilah hidup ni, ibarat kain putih. Tapi kain putih tu kalau kita calitkan sedikit warna untuk nampak berbeza dari yang asal, mesti sangat cantik. Tak kan kita nak tiru orang lain punya warna dan corak pulak kan? Nanti mesti nampak pelik. So kesimpulannya disini, kita tak perlulah menjadi orang lain sebab akan membuatkan seseorang tu jelas nampak kekok. Betul tak tipu. 
    Sebenarnya Allah dah bagi kita satu 'keistiwewaan' dalam diri masing masing, cuma ada yang dah nampak dan ada yang masih tercari cari 'keistimewaan' tu. Lambat laun pasti akan jumpa jugak 'keistimewaan' tu dalam diri korang.


  Sharing is Caring 


Written by; Teeya