Monday, January 2, 2012

Tak berniat untuk sakiti






Diri ini terlalu kerdil. Hinggakan aku tak nampak diri ku yang sebenar. Lalai sebentar dengan dunia yang kian runtuh dengan akhlak dan budi bahasa melayu kita. Mana perginya nilai sebuah bangsa walaupun dimata kita sendiri? Mana hilangnya maruah bangsa yang diagungkan sehingga kini? Mana nilai sebuah cinta pada negaranya sendiri? Perlukah kita mencaci maki kaum kita sendiri? Kenapa perlu malu jika sebuah bangsa yang kononnya membangun tapi pada mata asalnya ia telah lama luput, hancur sehingga lumat dipijak oleh bangsa lain. Masih tidak sedarkah kita yang kita belum bebas mindanya daripada bangsa asing. Perlukah kita bermegah megah dengan jenama yang entah dari mana? Bukalah minda jangan hanya buka mulut tahu berkata yang entah apa apa. Berdiam tidak bermakna menyerah tapi berjuanglah dengan semangat yang telah sedia ada dalam diri. Ini bukan mahu menindas sesiapa tapi meluahkan rasa. Cintailah dengan mata hati pasti anda tidak sesali.


Written by; Teeya

No comments:

Post a Comment